Khamis, 26 Disember 2013

cerita anak gadis update fb

Suatu malam..
Si ayah terlihat anak gadisnya update status di fb : “Nape la hati ni tak tenang..somebody pls.. i need someone”

Maka ramailah jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka handsome..ada jejaka poyo,ada yang alim-alim kucing. ‘ah semua hanya nak mengurat’ getus hati si gadis. Sampailah komen jejaka yang ke 199..

Jejaka 199 komen :

“Mana hati nak tenang; kalau solat pun kurang tahajjud pun sekali dlm 12 bulan nangis sujud taubat pun jarang lakukan bila sedih kau cari kawan dan pergi have fun! ada masalah,muzik kau layan,al-Quran kau tinggalkan!

ngada-ngada punya perempuan!”

Apabila gadis terbaca komen jejaka 199,terus dia berang dan cari button block! dan terus update status baru ;

“i dah block mamat poyo mana ntah! semua pasal aku dia tahu! berlagak alim!”

Si ayah tersenyum di hadapan laptop. Dalam hatinya berkata "nasib baik aku buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pun .hehe

Tiada ulasan:

Catat Ulasan