Khamis, 26 Disember 2013

anak mintak mak duit

Mat : Ibu mat nak 20 ringgit . 
Ibu : tak boleh! kamu ingat duit tumbuh daripada pokok!!.. 
Mat : Ibu..duit diperbuat daripada apa? 
Ibu : kertas 
Mat : kertas daripada apa ? 
Ibu : @#%&&*

cerita anak gadis update fb

Suatu malam..
Si ayah terlihat anak gadisnya update status di fb : “Nape la hati ni tak tenang..somebody pls.. i need someone”

Maka ramailah jejaka mula membalas status tersebut. Ada jejaka handsome..ada jejaka poyo,ada yang alim-alim kucing. ‘ah semua hanya nak mengurat’ getus hati si gadis. Sampailah komen jejaka yang ke 199..

Jejaka 199 komen :

“Mana hati nak tenang; kalau solat pun kurang tahajjud pun sekali dlm 12 bulan nangis sujud taubat pun jarang lakukan bila sedih kau cari kawan dan pergi have fun! ada masalah,muzik kau layan,al-Quran kau tinggalkan!

ngada-ngada punya perempuan!”

Apabila gadis terbaca komen jejaka 199,terus dia berang dan cari button block! dan terus update status baru ;

“i dah block mamat poyo mana ntah! semua pasal aku dia tahu! berlagak alim!”

Si ayah tersenyum di hadapan laptop. Dalam hatinya berkata "nasib baik aku buat 5 lagi fake accounts. Baru block satu je pun .hehe

pak pandir kena barah otak

Satu hari Pak Pandir mengalami sakit kepala yang amat sangat. Lalu dia pun pergi ke pekan untuk berjumpa dengan doktor.
Doktor: Serba salah saya hendak memberitahu Pak Pandir nie..tapi saya mesti beritahu Pak Pandir bahawa Pak Pandir telah menghidapi Barah Otak.
Pak Pandir: Yaaaaaahoooooo!!! (melompat kegirangan)
Doktor: Pak Pandir fahamkan maksud saya? (kebingungan)
Pak Pandir: Tentu sekali saya faham, apa doktor fikir saya bodoh sangat ke?
Doktor: Habis tu..kenapa gembira sangat?
Pak Pandir: Sebelum ini isteri saya Mak Andir selalu marah saya dengan mengatakan saya "takde otak". Dengan berita baik ini ia telah membuktikan bahawa saya sebenarnya mempunyai otak.

Isnin, 29 Julai 2013

gurau laki bini

ISTERI : Abang tau tak..

SUAMI : Tak tau.. apa dia?

ISTERI : Saya bukan nak cakap besar..dulu sebelum saya kawin ngan abang.. banyak lelaki yg datang meminang saya tapi semua saya tolak kecuali abang

SUAMI : Milah.. abang pun bukan nak cakap besar.. dulu sebelum abang kawin ngan awak banyak awek yg abang pinang tapi semua menolak kecuali awak

ISTERI : Huh!?

Khamis, 7 Februari 2013

kucing mati

Seorang budak lelaki berusia lingkungan 8thn membeli sekotak serbuk pembasuh daripada sebuah kedai runcit. Pekedai: Banyak sangat ke pakaian nak dibasuh? Budak: Saya nak mandikan kucing saye Pekedai: Eh..tak boleh gunakan serbuk ni,ia terlalu kuat untuk kucing awak,silap-silap kucing awak mati nanti. Budak itu terus berlalu selepas membayar harga serbuk basuh itu. Seminggu kemudian budak itu kembali ke kedai runcit tersebut. Pekedai: Bagaimana kucing kamu? Budak: Mati! Pekedai: kan saye dah kata...! Budak: Tapi saye tak fikir serbuk itu yg membunuhnya. Pekedai: Habis siapa yg membunuhnya? Budak: Mesin basuh itu..ia berpusing terlalu laju..!

Khamis, 4 Oktober 2012

sketsa cikgu dan murid

Cikgu: Murid2... tahukah kamu binatang apa yg suka makan ikan?
Murid: Kucing cikgu..
Cikgu: Bagus. boleh bagitahu cikgu, kucing ada berapa mata?
Murid: Dua Cikgu..
Cikgu: Pandai! sekarang bagitahu kucing ada berapa kaki?
Murid: Empat cikguuu.. Cikgu: Pandaaaii.. sekarang bagitahu cikgu, kucing ada berapa telinga? tetibe seorang murid berdiri.
Murid: cikgu, boleh saya tanya satu soalan?
Cikgu: Boleh. Tanya lah.
Murid: CIKGU TAK PERNAH TENGOK KUCING KE??!!!
Cikgu: ##@#$%Z&~~

Khamis, 27 September 2012

tak sekolah lagi senang

Budak U kata SPM senang→bdk SPM kata PMR senang→bdk PMR kata UPSR senang→bdk UPSR kata tadika senang→bdk tadika kata tak sekolah lagi senang..